Sunday, March 16, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja musnahkan lebih 5 tan dadah, bahan terlarang

    PHNOM PENH, 28 JUN – Kemboja hari ini telah memusnahkan 5.71 tan dadah dan bahan terlarang, menurut kenyataan pegawai hari ini.

    Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Dalam Negeri, Sar Kheng membakar dadah dan bahan terlarang semasa upacara yang diadakan di Pulau Diamond, di ibu kota Phnom Penh.

    “Ini jelas menunjukkan komitmen kuat kerajaan untuk mencegah dan menumpaskan segala bentuk penyeludupan dadah,” katanya.

    Kheng memuji pihak berkuasa di semua peringkat kerana berusaha untuk menyekat semua jenis jenayah dadah demi keamanan, keselamatan, ketenteraman awan dan pembangunan negara.

    Pendakwa raya Mahkamah Perbandaran Phnom Penh, Chreng Khmao berkata kira-kira 5.71 tan dadah dan bahan terlarang telah dimusnahkan semasa upacara itu, dan dadah-dadah tersebut termasuk heroin, kokain, methamphetamine, ektasi, cathinone, ketamine dan nimetazepam.

    Menurut Jabatan Antidadah Polis, Kemboja telah menahan 7,230 orang suspek berkaitan dadah, termasuk 136 orang warga asing dan merampas hampir 785 kilogram narkotik dalam tempoh Januari hingga Mei 2023.

    Kemboja tidak mengenakan hukuman mati ke atas penyeludup dadah.

    Di bawah undang-undang negara itu, sesiapa yang didapati bersalah menyeludup lebih 80 gram dadah boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup. – Xinhua

    Dadah dan bahan terlarang yang dimusnahkan semasa upacara yang diadakan di Pulau Diamond, kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda