PHNOM PENH, KEMBOJA, 6 OKT – Kerajaan Kemboja menafikan perobohannya ke atas kemudahan dibiayai Amerika Syarikat (AS) di salah sebuah pangkalan tentera lautnya sebagai petanda China akan diberikan kemudahan membina pangkalan di sana, mengatakan kerja-kerja hanyalah untuk pembaikan struktur.
Kenyataan oleh Jawatankuasa Kebangsaan bagi Keselamatan Maritim kelmarin adalah respons terhadap laporan media baru-baru ini yang menyerlahkan kebimbangan terhadap kecurigaan rancangan China bagi Pangkalan Tentera Laut Ream Kemboja di Teluk Thailand.
Kecurigaan berdasarkan gambar-gambar satelit menunjukkan perobohan kemudahan itu dan kenyataan awal daripada pegawai Kemboja.
Jawatankuasa itu mengatakan Ibu Pejabat Pemerintahan Taktikalnya, ‘satu unit operasi bertanggungjawab bagi melaksanakan penguatkuasaan undang-undang pelbagai agensi’ bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan Australia, merupakan struktur sementara dan rancangan memindahkannya bermula dalam 2017. Menurutnya, kemudahan sedia ada terlalu kecil dan kekurangan tempat berlabuh, dengan kapasiti terhad, maka kemudahan lebih besar sedang dibina di lokasi lain, tanpa sebarang perubahan fungsi atau hubungan dengan rakan kongsi asing. – AP