Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja ramal pertumbuhan ekonomi 2017 meningkat

    PHNOM PENH, 23 Jan – Kemboja dijangka menyaksikan pertumbuhan ekonomi 7 peratus pada tahun 2017, kadar yang sama seperti pencapaian negara pada tahun lepas, pegawai-pegawai Ekonomi dan Kementerian Kewangan berkata hari ini.

    “Kami mengunjurkan pertumbuhan 7 peratus pada tahun 2017 dan dalam jangka sederhana,” kata Setiausaha Kementerian Ekonomi dan Kewangan, Vong Seyvisoth pada Persidangan ‘Outlook’ Kemboja 2017.

    Menurut laporan kementerian, dengan pertumbuhan 7 peratus yang dijangka itu, Keluaran Dalam Negara Kasar negara itu (KDNK) akan mencapai hampir 22 bilion dolar AS tahun ini, KDNK per kapita dijangka mencapai 1,422 USD. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda