Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja rampas lebih 100kg dadah, tiga ditahan

    PHNOM PENH, 9 OGOS – Polis antidadah Kemboja telah menahan tiga orang kerana didakwa mengedar dadah haram, merampas lebih 100 kilogram (kg) narkotik, Polis Negara melaporkan hari ini.

    Suspek-suspek berkenaan, seorang wanita warga asing dan dua lelaki tempatan ditahan pada Isnin semasa serbuan di dua lokasi di ibu negara Phnom Penh selepas siasatan selama beberapa bulan.

    “Sebanyak 102.3kg ketamin telah dirampas daripada suspek-suspek semasa tindakan keras itu,” kata Polis Negara di laman webnya.

    Ia merupakan rampasan dadah berskala besar kedua dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

    Pada Selasa minggu lalu, polis di bandar pesisir pantai Sihanoukville menahan enam orang warga asing kerana menyeludup kira-kira 790kg ketamin dari negara jiran. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda