Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja rekod kematian kedua selesema burung H5N1 tahun ini

    PHNOM PENH, 9 OKT – Seorang lelaki berusia 50 tahun dari wilayah Svay Rieng, timur Kemboja meninggal dunia akibat influenza burung manusia H5N1, yang merupakan kematian kedua akibat virus itu di negara berkenaan setakat tahun ini, Kementerian Kesihatan (KKM) berkata dalam siaran berita malam tadi.

    Lelaki itu disahkan positif selesema burung H5N1 pada 7 Oktober, kata kementerian itu, tanpa menyatakan waktu kematiannya.

    Sebelum kematiannya, kira-kira 50 ekor ayam, milik lelaki itu dan jirannya, telah mati, dan ayam-ayam yang mati itu dikongsi bersama penduduk kampung untuk dimakan, kata kementerian itu.

    “Pegawai KKM sedang meneliti punca jangkitan dan sedang memeriksa sebarang kes yang disyaki atau orang yang pernah berhubung dengan mangsa,” kata KKM. – Xinhua

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda