Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Kemboja rekod peningkatan tangkapan dan rampasan dadah

    PHNOM PENH, 1 JAN – Kemboja mencatatkan peningkatan bilangan orang yang ditangkap kerana dadah serta jumlah dadah yang dirampas pada 2022, lapor Xinhua memetik laporan Jabatan Polis Antidadah (ADP) yang dikeluarkan pada Ahad.

    Pihak berkuasa menahan 14,784 orang suspek berkaitan dadah tahun lepas, meningkat tujuh peratus berbanding 13,765 pada tahun sebelumnya dan 259 daripada tahanan tahun lepas terdiri warga asing dari sembilan buah negara.

    “Sebanyak 14.5 tan pelbagai jenis dadah terlarang dirampas daripada mereka pada 2022,” menurut laporan itu.

    Pada 2021, hanya 4.43 tan dadah terlarang dirampas.

    Dadah yang dirampas tahun lepas antara lain termasuk heroin, ekstasi, ketamin, kokain, kristal methamphetamine, pil methamphetamine dan cathinone.

    Negara Asia Tenggara itu tidak melaksanakan hukuman mati ke atas pengedar dadah terlarang.

    Mengikut undang-undangnya, mereka yang didapati bersalah mengedar lebih 80 gram dadah terlarang boleh dihukum penjara seumur hidup.- Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...