PHNOM PENH, 1 NOV – Hasil bedah siasat mengesahkan bahawa seorang pelancong Britain yang mayatnya ditemui di laut seminggu selepas dia hilang, mati akibat lemas, menurut seorang pegawai Kemboja.
Gabenor wilayah Preah Sihanouk hari ini mengatakan mayat Amelia Bambridge diperiksa di hospital utama di Sihanoukville, di mana ia dibawa selepas ditemui pada Khamis di Teluk Thailand.
Gadis berusia 21 tahun itu hilang selepas menghadiri parti pantai pada malam 23 Oktober lalu di pulau Koh Rong.
Mayatnya ditemui nelayan kira-kira 100km dari kawasan parti. – AP