Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja sasar bebas malaria menjelang akhir 2025

    PHNOM PENH, 28 APRIL – Kemboja menjangkakan untuk menghapuskan malaria sepenuhnya menjelang akhir tahun 2025, selaras dengan Pelan Strategik Nasional Penghapusan Malaria (2011-2025).

    Pada tahun 2024, negara itu mencatatkan hanya 355 kes malaria, penurunan besar berbanding lebih daripada 1,000 kes yang direkodkan pada tahun 2023.

    Sasaran itu ditegaskan oleh Perdana Menteri Hun Manet dalam sebuah surat sempena Hari Malaria Nasional pada 25 April lalu, yang bertemakan ‘Kami Tamatkan Malaria dengan Melabur Kembali, Mencipta Semula dan Mengurus Semula’.

    Beliau menyatakan bahawa negara itu berada di landasan yang tepat dengan strategi nasionalnya, mencapai beberapa pencapaian penting seperti mencegah rintangan ubat antimalaria sejak 2015, mencatatkan tiada kematian berkaitan malaria sejak 2018 dan menghapuskan malaria Plasmodium falciparum pada 2024.

    “Pada 2024, Kemboja hanya merekodkan 355 kes malaria, satu penurunan sebanyak 75 peratus berbanding 2023. Ini adalah pencapaian yang luar biasa, menyumbang kepada usaha serantau dan global untuk mencapai dunia bebas malaria,” katanya.

    “Kemboja semakin hampir untuk merealisasikan negara bebas malaria menjelang akhir 2025, satu perjalanan yang patut dipuji dan diraikan. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh berehat. Untuk menghapuskan malaria sepenuhnya, kita mesti terus berusaha dengan segala kekuatan, kebijaksanaan dan sumber daya,” tambahnya.

    Beliau juga turut menyeru rakyat dan semua pihak berkepentingan untuk terlibat dalam setiap cara yang mungkin bagi menghapuskan malaria di Kemboja pada 2025 dan menyumbang kepada penghapusan global pada tahun 2030. – ANN/ The Phnom Penh Post

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda