Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja sita lebih 30 tan produk kosmetik

    PHNOM PENH, 30 Mei – Polis Kemboja telah merampas lebih 30 tan produk kosmetik yang dijalankan secara haram dalam serbuan yang diadakan di dua lokasi di Phnom Penh minggu lepas, menurut Jawatankuasa Memerangi Pemalsuan kerajaan itu dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

    Kosmetik yang disita dan losen kulit yang telah diimport dari negara-negara jiran secara haram itu telah disimpan serta diedarkan di Kemboja tanpa sijil jaminan terhadap kualiti, kata siaran akhbar.

    “Kosmetik dan losen kulit ini adalah sangat mencurigakan dan produk tersebut boleh menyebabkan bahaya atau kesan jangka panjang ke atas kesihatan manusia,” katanya.

    Operasi seumpamanya merupakan satu tindakan keras ketiga yang dijalankan oleh pihak berkuasa terhadap aktiviti pemalsuan. Awal bulan ini, Jawatankuasa Memerangi Pemalsuan telah merampas sebanyak 68 tan produk kecantikan palsu, termasuk syampu dan krim pemutihan kulit, dalam dua serbuan di Phnom Penh dan wilayah Kandal selatan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda