Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja tahan 134 suspek kes pemerdagangan manusia

    PHNOM PENH, 15 SEPT – Kemboja telah menumpaskan 104 kes pemerdagangan manusia dan eksploitasi seksual pada separuh pertama tahun 2024, menurut laporan Jawatankuasa
    Kebangsaan untuk Membanteras Pemerdagangan Manusia (NCCT) kelmarin.

    Dua puluh dua kes dicatatkan melibatkan pemerdagangan manusia dan 82 kes berkaitan eksploitasi seksual sepanjang tempoh Januari hingga Jun tahun ini, kata laporan itu, sambil menambah bahawa semasa tindakan tegas tersebut, pihak berkuasa telah menahan seramai 134 suspek, termasuk empat warga asing.

    “Seramai 290 mangsa termasuk 241 wanita telah diselamatkan,” kata laporan itu sambil menambah bahawa 134, atau 46 peratus, daripada mereka berumur di bawah 18 tahun. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda