Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja tahan lapan warga asing edar dadah

    PHNOM PENH, 10 JUN – Kemboja telah menahan sekumpulan lapan warga Vietnam kerana memiliki, mengangkut dan mengedar dadah, selain merampas lebih 10 kilogram (kg) narkotik, kata Jabatan Anti Dadah (ADP) dalam satu kenyataan akhbar kelmarin.

    Suspek berusia antara 14 dan 32 tahun itu ditahan pada malam 6 Jun semasa serbuan di empat lokasi di ibu negara Phnom Penh, kata ADP sambil menambah bahawa dua daripada mereka adalah wanita.

    “Sebanyak 10.8 kg ekstasi, methamphetamine kristal dan ketamin telah dirampas daripada milik suspek semasa operasi menentang dadah,” kata ADP.

    Polis turut menemui 30.7kg bahan kimia pengekstrakan dadah dalam operasi itu.

    Negara Asia Tenggara itu tidak mempunyai hukuman mati bagi pengedar dadah. Di bawah undang-undangnya, seseorang yang didapati bersalah melakukan pengedaran dadah lebih 80 gram dadah boleh dihukum penjara seumur hidup.

    Menurut ADP, kerajaan itu menahan 9,369 suspek berkaitan dadah, termasuk 324 warga asing, dalam tempoh Januari-Mei 2024, merampas sejumlah 4.71 tan narkotik. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda