Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja tangkap 14,722 suspek dadah

    PHNOM PENH, 1 OKT – Pihak berkuasa Kemboja telah menahan 14,722 suspek berkaitan dadah, termasuk 331 warga asing, dalam tempoh sembilan bulan pertama 2023, menurut laporan Jabatan Anti Dadah negara itu hari ini.

    Kira-kira 51 peratus daripada individu yang ditahan adalah pengedar, pengilang dan pengangkut dadah, manakala selebihnya adalah penagih dadah, kata laporan itu.

    “Sebanyak 2.68 tan dadah terlarang dan kira-kira 911 kilogram ramuan telah dirampas daripada suspek sepanjang tempoh Januari hingga September 2023,” kata laporan itu.

    Kebanyakan dadah yang dirampas termasuk ketamin, heroin, ekstasi, kokain, metamfetamin kristal, pil metamfetamin dan katinon.

    Berbanding tempoh yang sama tahun lepas, Kemboja menyaksikan peningkatan dalam penahanan berkaitan dadah, tetapi penurunan dalam rampasan dadah, kata laporan itu, sambil menambah bahawa kerajaan itu menahan 11,431 suspek dadah, merampas 6.25 tan narkotik dalam tempoh sembilan bulan pertama 2022.

    Negara Asia Tenggara itu tidak mempunyai hukuman mati bagi pengedar dadah. Di bawah undang-undangnya, seseorang yang didapati bersalah mengedar lebih 80 gram dadah terlarang boleh dipenjarakan seumur hidup. – Xinhua

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda