Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja tangkap dua warga Vietnam, rampas 20kg dadah

    PHNOM PENH, 29 DIS – Kemboja telah menahan dua warga Vietnam kerana didakwa mengedar dadah terlarang, manakala 20 kilogram dadah turut dirampas, kata Jabatan Anti Dadah (ADP) negara itu dalam satu kenyataan hari ini.

    Kedua-dua suspek ditahan pada malam 24 Disember di hadapan sebuah hotel di bandar pesisir pantai Sihanoukville ketika mereka menyeludup dadah dari negara jiran, Laos.

    Enam puluh pek heroin seberat 20kg telah dirampas dalam simpanan suspek semasa serbuan, kata ADP.

    Negara Asia Tenggara itu tidak melaksanakan hukuman mati bagi pengedar dadah. Di bawah undang-undangnya, seseorang yang didapati bersalah mengedar lebih 80 gram dadah terlarang boleh dipenjara seumur hidup.

    Menurut ADP, kerajaan itu melaporkan tindakan keras terhadap 7,405 kes berkaitan dadah dalam tempoh 11 bulan pertama 2023, menahan 18,350 orang, termasuk 458 warga asing daripada 16 warganegara.

    Sebanyak 2.85 tan dadah terlarang telah dirampas dalam tempoh Januari-November tahun ini, kata ADP, sambil menambah bahawa kebanyakannya adalah heroin, ekstasi, ketamin, kokain, kristal methamphetamine, pil methamphetamine dan katinon. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda