Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja teguh dalam usaha perangi berita palsu

    PETALING JAYA, 3 SEPT – Kerajaan Kemboja kekal teguh dalam usahanya untuk memerangi cabaran yang timbul berikutan berita palsu, kata Menteri Penerangan Kemboja, Neth Pheaktra.

    Dalam era teknologi yang berkembang pesat termasuk kecerdasan buatan (AI), Pheaktra menegaskan bahawa semua pihak mesti bekerjasama untuk menguruskan perkembangan ini serta kesannya terhadap negara dan kerajaan masing-masing.

    “Pada zaman digital ini, kita berdepan dengan paradoks yang memberikan implikasi mendalam. Alat yang membolehkan kita berkongsi pengetahuan dengan kelajuan dan jangkauan yang belum pernah terjadi sebelum ini, juga menjadi saluran bagi penyebaran maklumat salah dan kepalsuan.

    “Ia merupakan cabaran unik yang memberikan kesan kepada setiap aspek masyarakat, dari tadbir urus dan dasar awam hingga hubungan peribadi dan kepercayaan masyarakat,” katanya dalam ucapannya pada Sidang Kemuncak Media Asia (AMS) ke-19 di sini hari ini, yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Malaysia, Teo Nie Ching.

    Malaysia selaku tuan rumah AMS tahun ini sementara Institut Pembangunan Penyiaran Asia Pasifik (AIBD) bertindak sebagai sekretariat acara itu.

    Dihadiri oleh beberapa penyiar terkemuka, pembuat keputusan, media, pengawal selia, cendekiawan dan pihak berkepentingan dari dalam dan luar rantau ini, AMS menyediakan platform untuk dialog antara kerajaan bagi meningkatkan piawaian industri media serantau. – Bernama

    Gambar Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda