Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja tempah 10 pesawat C909 buatan China

    BEIJING, 12 SEPT – Cambodia Airways menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Commercial Aircraft Corporation of China (COMAC) untuk membeli 10 pesawat penumpang jenis C909 baru-baru ini dan merancang menambah 10 unit lagi pada masa depan, sekali gus mencuri perhatian media antarabangsa.

    Menurut laporan South China Morning Post, perjanjian itu merupakan antara tempahan terbesar yang pernah diterima COMAC dari luar negara, menandakan pesawat buatan China kini semakin menembusi pasaran Asia Tenggara.

    Sementara itu, portal Air Data News melaporkan bahawa Kemboja menjadi negara Asia Tenggara keempat memiliki pesawat C909 selepas Indonesia, Laos dan Vietnam, selain mencatatkan peningkatan minat pengendali penerbangan global terhadap daya saing COMAC.

    Laporan itu turut menekankan bahawa strategi COMAC untuk menarik lebih banyak tempahan pelanggan asing tertumpu kepada pasaran baharu muncul di Asia Tenggara, yang mempunyai permintaan tinggi terhadap pesawat bagi laluan penerbangan domestik.

    Pembelian pesawat C909 dilihat mampu membantu Cambodia Airways meningkatkan kapasiti penerbangan domestik, sementara COMAC juga akan mengeluarkan pesawat penumpang bersaiz lebih besar, C919.

    Sehingga Julai tahun ini, lebih 160 pesawat C909 beroperasi di lebih 700 laluan penerbangan, memberi perkhidmatan kepada lebih 24 juta penumpang. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 12 November 2024 menunjukkan pesawat COMAC C909 di Zhuhai, wilayah Guangdong, China. – Reuters
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda