Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja terima kumpulan ketiga vaksin Sinopharm

    PHNOM PENH, 29 APRIL – Sebuah pesawat membawa kumpulan ketiga vaksin COVID-19 Sinopharm yang disumbangkan China, tiba di ibu negara Kemboja kelmarin.

    “Ketibaan vaksin hari ini adalah satu lagi bukti hubungan persahabatan erat antara Kemboja dan China,” Setiausaha Kesihatan Kemboja, Yok Sambath memberitahu wartawan ketika menerima vaksin di Lapangan Terbang Antarabangsa PhnomPenh.

    Dia melahirkan penghargaan kepada China atas kemurahan hati menyumbangkan vaksin kepada Kemboja, mengatakan sumbangan adalah bertepatan ketika negara Asia Tenggara itu terus berusaha mengekang jangkitan komuniti gelombang ketiga yang tercetus pada 20 Februari lalu.

    Menurut Sambath, setakat ini Kemboja menerima lebih daripada 4 juta dos vaksin COVID-19 daripada China dan Kemudahan COVAX Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Negara beraja itu juga sudah melancarkan satu kempen inokulasi anti-COVID-19 pada 10 Februari dan setakat ini, 1.3 juta daripada 16 juta populasinya sudah divaksin, menurut satu laporan kerajaan. – Xinhua

    Pekerja mengangkut vaksin COVID-19 Sinopharm di Lapangan Terbang Antarabangsa PhnomPenh di Kemboja. Kumpulan ketiga vaksin disumbangkan China itu tiba kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda