Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja terima sepasang gajah Asia daripada Laos

    TAKEO, KEMBOJA, 12 MEI – Laos hari ini menyerahkan sepasang gajah Asia yang jarang ditemui kepada Kemboja bagi mengeratkan lagi ikatan persahabatan dan perpaduan antara kedua-dua negara dan rakyat.

    Linkham Douangsavanh, Menteri Pertanian dan Perhutanan Laos, menghantar gajah jantan dan betina itu kepada Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Kemboja, Dith Tina, pada majlis yang diadakan di taman zoologi, hutan simpan dan botani Phnom Tamao di selatan Daerah Bati di wilayah Takeo.

    Pada majlis itu, Linkham berkata gajah-gajah itu adalah hadiah daripada Presiden Laos, Thongloun Sisoulith kepada Raja Kemboja, Norodom Sihamoni semasa lawatan Thongloun ke Kemboja bulan lalu.

    Katanya, gajah jantan itu berumur tiga tahun tujuh bulan, manakala gajah betina berusia tiga tahun sembilan bulan.

    “Gajah adalah satu lagi simbol persahabatan tradisional yang berpanjangan dan perpaduan antara kedua-dua negara dan rakyat,” katanya.

    Bagi pihaknya, Tina merakamkan ucapan terima kasih yang mendalam kepada kerajaan dan rakyat Laos kerana menyumbangkan sepasang gajah itu kepada Kemboja.

    “Hadiah berharga ini telah membuka lembaran sejarah baharu bagi hubungan dua hala kita terutama dalam pemuliharaan gajah,” katanya. – Xinhua

    Sepasang gajah yang disumbangkan oleh Laos kelihatan di taman zoologi, hutan simpan dan botani Phnom Tamao di wilayah Takeo, Kemboja, kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda