Saturday, November 9, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja: Tiada sekatan tambahan bagi ketibaan dari China

    PHNOM PENH, 3 JAN – Kemboja tidak akan mengikut jejak langkah negara-negara lain dalam mengenakan sebarang sekatan-sekatan tambahan terhadap ketibaan dari tanah besar China.

    Perdana Menteri Hun Sen menegaskan perkara itu, kelmarin, di tengah-tengah kebimbangan bahawa peningkatan kes COVID-19 di sana boleh memacu kemunculan varian koronavirus baharu dan berpotensi lebih berbahaya.

    Ini muncul ketika China bakal membuka pelancongan ke dalam dan ke luar negara pada 8 Januari ini, sementara

    Kemboja merancang untuk menarik permintaan perjalanan, mengalu-alukan anggaran dua juta pengunjung tanah besar China tahun ini, menurut perdana menteri.

    Ini hampir mencapai rekod tahunan tertinggi hampir 2.362 juta pengunjung pada 2019, meningkat 16.67 peratus berbanding 2.024 juta yang direkodkan setahun sebelumnya, menurut Kementerian Pelancongan.

    Hun Sen berucap pada satu majlis pecah tanah bagi sebuah jambatan Sungai Mekong dan jalan penghubung di wilayah Kratie yang bakal dibina sebahagian daripada pinjaman konsesi daripada kerajaan China.

    “Kita telah menyaksikan propaganda tidak menguntungkan namun menakutkan mengenai epidemik COVID-19 di China. Mereka yang akan tegas terhadap China, biar mereka lakukannya kerana ia hanya aman memanfaatkan Kemboja,” katanya,

    Beliau juga mencadangkan agar Thailand dan Singapura juga tidak mengenakan sekatan-sekatan COVID terhadap pengembara dari China, “banyak manfaatnya” dan kekal menjadi “destinasi-destinasi lebih menarik dan sesuai” bagi mereka. – ANN

    Seorang penumpang memakai pelindung muka dan pelitup muka di tengah-tengah pandemik COVID-19 dalam penerbangan domestik di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda