Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja tingkat penggunaan kuasa mahkamah

    PHNOM PENH, 30 Mei – Kerajaan Kemboja telah mempertingkat penggunaan mahkamah untuk mengganggu aktivis politik dan pembela hak asasi sebelum pilihan raya, kata Amnesti Antarabangsa hari ini, mengingatkan suasana takut kemungkinan besar akan bertambah teruk.

    Berjuta-juta penduduk Kemboja akan membuang undi pada Ahad untuk pilihan raya tempatan di lebih 1,600 kawasan, satu ujian awal untuk pilihan raya umum pada tahun depan.

    Negara Asia Tenggara yang miskin itu telah diperintah selama lebih 32 tahun oleh Perdana Menteri Hun Sen, salah seorang pemimpin yang berkhidmat paling lama di dunia.

    Namun pada tahun 2013, parti pemerintahnya mengalami halangan mengejutkan apabila parti pembangkang Parti Menyelamat Negara Kemboja (CNRP) mencatat kejayaan besar dan hampir menang.

    Sejak itu, pihak berkuasa telah melancarkan apa yang dikatakan oleh Amnesti ‘satu kempen sistematik, menggunakan sistem keadilan jenayah untuk mengganggu dan menakutkan’ penentang.

    Dalam satu laporan bertajuk ‘Mahkamah Ketidakadilan,’ kumpulan itu berkata sekurang-kurangnya 27 pembela hak asasi manusia Kemboja dan aktivis politik sedang dipenjarakan sekarang atas dakwaan yang dibuat-buat.

    Beratus orang lain tertakluk kepada prosiding jenayah ‘sebagai sebahagian daripada usaha bersepadu’ untuk mematahkan sebarang kritikan awam.

    Akibatnya sebahagian besar pembangkang politik dan komuniti hak asasi manusia ‘hidup di bawah ancaman pemenjaraan,’ menurut laporan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda