Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemelesetan ekonomi global jejas aktiviti kilang China

    BEIJING, 31 MEI – Aktiviti kilang di China berkembang dengan kadar yang perlahan pada bulan Mei ketika negara tersebut cuba untuk kembali berpulih selepas koronavirus, data rasmi menunjukkan hari ini, dengan kemerosotan ekonomi global menyukarkan pemulihan sektor tersebut.

    Kilang-kilang China telah kembali dibuka selepas perintah berkurung yang ketat telah dilonggarkan ketika patogen koronavirus dikesan di pusat bandar Wuhan, tetapi penyebaran virus ke seluruh dunia telah menjejaskan pasaran asing utama – yang sangat mempengaruhi eksport China.

    Indeks Pengurusan Pembelian (PMI), pengukur utama aktiviti di kilang China mencecah 50.6 mata pada bulan Mei, kekal di atas tanda 50 mata yang memisahkan pertumbuhan dari penguncupan setiap bulan.

    Tetapi angka itu turun sedikit dari 50.8 pada bulan sebelumnya dan 52.0 pada bulan Mac, menurut Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS).

    Ahli statistik kanan NBS, Zhao Qinghe menunjukkan kelemahan dalam import dan eksport China, dengan mengatakan ‘keadaan wabak dan keadaan ekonomi di seluruh dunia masih teruk dan kompleks, dan permintaan pasaran asing masih menyusut’.

    Zhao berkata indeks tempahan eksport baharu dan import kekal pada tahap yang rendah.

    ‘Momentum pemulihan ekonomi adalah stabil dan bertambah baik,” tambah Zhao, tetapi terdapat kelemahan dalam beberapa industri seperti tekstil dan pakaian. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda