Sunday, March 16, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemelut perbankan AS beri impak terhadap Asia Pasifik

    KUALA LUMPUR, 3 APRIL – Impak daripada krisis perbankan di Amerika Syarikat (AS) terhadap ekonomi sebenar dijangka tidak signifikan atau ketara bagi rantau Asia Pasifik.

    Ketua Ahli Ekonomi Asia Pasifik S&P Global Ratings, Louis Kuijs berkata kalangan ahli ekonomi di AS dan Eropah juga tidak membuat sebarang perubahan mendadak terhadap unjuran portfolio masing-masing susulan kemelut perbankan itu.

    Kuijs berkata susulan inflasi teras AS yang masih tinggi, Rizab Persekutuan (Fed) dijangka menaikkan kadar dasarnya sekali lagi tahun ini, sekali gus membayangkan tiada sebarang penurunan kadar di negara itu.

    Malah, katanya, Fed juga perlu bertindak menangani kemelut berkenaan dengan menggunakan operasi mudah tunai dan mengekalkan dasar kadar faedah dalam ekonomi benar.

    Selain itu, mengulas pertumbuhan China, Kuijs berkata proses pemulihan sedang berlaku yang turut memaparkan petunjuk ekonomi lebih positif.

    Keadaan itu didahului oleh penggunaan dan perkhidmatan dengan pasaran perumahan secara tentatifnya telah susut dan mulai pulih dan dapat membantu dalam usaha memperluas lagi pemulihan terbabit.

    Bagi bahagian lain Asia, Kuijs berkata negara-negara terbabit masih merasai kesan keadaan global yang perlahan dan kenaikan kadar faedah.

    Menurutnya, terdapat data-data ekonomi yang jelas akhir tahun lepas dan permulaan 2023 yang menunjukkan berlakunya kelembapan ekonomi.– Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda