Siapa tidak kenal dengan juara American Idol Musim Pertama, Kelly Clarkson yang berjaya membolot tempat pertama dalam program nyanyian realiti pada tahun 2002.
Sebuah portal hiburan menjengah ke Instagram penyanyi itu, Kelly memuatnaik coretan mengimbau kembali kemenangannya dalam program tersebut mengubah hidupnya.
“20 tahun yang lalu pada hari ini, saya memenangi American Idol dan selamanya mengubah perjalanan hidup saya.
“Pada detik itu pintu tersebut membuka banyak akses dan peluang, dan rakan kongsi yang kreatif yang saya sangat bertuah pada semua hari-hari saya.” Coretnya
Kelly juga menitipkan rasa bertuah dan rasa berterima kasih pada orang ramai yang mengundinya semasa menyertai program nyanyian realiti terkenal itu pada 20 tahun lalu.
“Terima kasih banyak pada setiap seorang yang mengundi pada 20 tahun lalu! Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih! Saya harap awda semua memiliki orang-orang yang penuhi hidup anda dengan gelak ketawa dan harapan, dan kebahagiaan.
“Dan jika awda tidak merasai awda memilikinya, jadi teruskan mencari kerana saya berjanji pada awda mereka juga mencari awda,” tulis Kelly.
Muatnaik Kelly menarik perhatian ramai peminatnya di media sosial, rata-rata ramai yang memberi komen meluahkan rasa bangga terhadap penyanyi hebat ini.– Agensi
