Saturday, December 2, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    ‘Kemenangan dramatik kemuncak karier saya di City’

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 6 NOV – Pep Guardiola melabelkan kemenangan dramatik 2-1 ke atas Fulham adalah saat paling gemilang sepanjang dia membimbing Manchester City.

    City di ambang tercicir mata dalam persaingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas Joao Cancelo dibuang padang pada babak pertama.

    Bagaimanapun Erling Haaland masuk sebagai pemain gantian dan menyempurnakan sepakan penalti dalam masa kecederaan untuk City memintas Arsenal di puncak liga dengan 10 orang pemain sahaja.

    Gol kemenangan Haaland diraikan Guardiola seperti sudah memenangi liga, dan pengendali City itu berkata ia adalah saat paling bermakna sepanjang enam tahun dia di Manchester.

    City memenangi Liga Perdana Inggeris sebanyak empat kali dalam tempoh lima musim, serta menjulang Piala FA dan Piala Liga di bawah kendalian Guardiola.

    Reaksi Pep Guardiola meraikan kemenangan semasa perlawanan antara Manchester City dan Fulham di stadium Etihad, Manchester, England. City menang 2-1 dalam perlawanan yang penuh dramatik dengan 10 orang pemain sahaja. – AP

    Namun bagi pengendali dari Sepanyol itu, karakter ditunjukkan anak buahnya ketika menentang Fulham, mengatasi semua cabaran pernah dihadapi mereka sebelum ini.

    “Semua orang beraksi cemerlang sepanjang 65 minit menentang Fulham, bermain dengan cara kami.

    “Ia adalah kemuncak karier saya di Manchester setakat ini, gol di akhir permainan, meraikan bersama peminat. Memang kami tidak menang Liga Perdana Inggeris di sini hari ini, tetapi saat ini memberi makna kepada usaha kami selama ini.

    “Ia amat menarik. Selepas tujuh tahun, pelbagai soalan timbul tetapi hari ini awda boleh katakan ia berbaloi.

    “Kami menang kerana pemain-pemain kami tampil luar biasa,” kata Guardiola.

    City mendahului permainan menerusi Julian Alvarez tetapi rentak mereka berubah selepas Cancelo dipersalahkan kerana mengasari Harry Wilson dan dilayangkan kad merah serta Fulham diberikan penalti.

    Andreas Pereira menyempurnakan sepakan berkenaan dan Haaland yang kembali cergas, memastikan kemenangan buat City.

    Haaland sekali lagi menjadi penyelamat City selepas meledak gol ke-23 dalam 16 penampilan, sementara Kevin De Bruyne juga menyumbang dalam mendapatkan penalti untuk tuan rumah. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...