Khamis, November 20, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Kemenangan ke atas Nepal penutup terindah 2025’

    KUALA LUMPUR, 19 NOV – Kemenangan Malaysia ke atas Nepal 1-0 pada aksi kelima Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di laman sendiri semalam, merupakan penutup terindah 2025 buat skuad Harimau Malaya.

    Pengendali skuad Malaysia, Peter Cklamovski berkata kejayaan mengekalkan rekod tanpa kalah selain terus mengungguli carta kumpulan pada aksi kelayakan Piala Asia adalah hasil kerjasama serta komitmen barisan kejurulatihan dan semua pemain. “Saya sangat berbangga dengan pasukan ini. Kami mahu menjaringkan gol lagi tetapi apa pun kami menamatkan musim 2025 tanpa kalah dan menduduki tempat teratas kumpulan. Saya berharap peminat Malaysia memberikan sokongan padu,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

    Cklamovski bagaimanapun mengingatkan anak buahnya untuk berehat seketika dan kekal fokus bagi menghadapi aksi terakhir menentang Vietnam di tempat lawan pada Mac tahun hadapan. “Kami tetap akan meneliti perlawanan ini dan fokus pada perlawanan terakhir menentang Vietnam tahun depan,” katanya.

    Sementara itu, ketua jurulatih Nepal Hari Khadka akur dengan kekalahan itu sambil menyifatkan Harimau Malaya menampilkan permainan berkualiti tinggi. – Bernama

    Cklamovski semasa perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 antara Nepal menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil 18 November. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda