Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemenangan pertama Ko

    LOS ANGELES, 5 JULAI – Ko Jin-young (gambar) berjaya memenangi kejohanan Volunteers of America Classic semalam, hanya satu minggu setelah kehilangan gelaran nombor satu dunia.

    Sebagai permulaan pertamanya sejak Nelly Korda mengalahkannya, pemain Korea Selatan itu melakukan pukulan dua-bawah 69 untuk kemenangan satu pukulan ke atas pemain Finland, Matilda Castren.

    Ko adalah pemain nombor satu sejak Julai 2019, 100 minggu berturut-turut. Tetapi memenangi lapan gelaran Jelajah LPGA dalam kerjayanya semalam membantu membangkitkan kembali kedudukannya.

    “Saya fikir saya mempunyai banyak tekanan sebagai pemain nombor satu,” kata Ko. “Tetapi saya berjaya minggu ini. Saya sangat gembira.”

    Ko, yang memenangi AS$225,000 dalam kejohanan itu, mengatasi Castren di Old American Golf Club di Dallas, Texas.

    Dia kini memperoleh sekurang-kurangnya satu kemenangan dalam lima musim berturut-turut bermula tahun 2017. Kemenangan sebelumnya termasuk Terbuka Australia Wanita 2018 dan Inspirasi ANA 2019. Kemenangan terbaharunya adalah Kejuaraan Jelajah Kumpulan CME tahun lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda