Saturday, February 8, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemenangan pertama Yin

    LOS ANGELES, 3 APRIL – Yin Ruoning dari China mengatasi kesukaran awal dengan membuat satu bogey dan mencatatkan satu di bawah par 70 untuk memenangi gelaran LPGA Amerika Syarikat (AS) pertamanya di Terbuka Los Angeles, mendahului pemenang major, Georgia Hall dengan satu pukulan.

    Yin, 20, yang sedang dalam musim keduanya di Jelajah AS, memulakan hari sebagai pendahulu tetapi berada dalam masalah besar selepas membuat tiga bogey berturut-turut pada lubang ketiga, keempat dan kelima.

    Namun, dia kekal yakin dan terus mencatatkan empat birdie berturut-turut dari lubang keenam hingga kesembilan untuk kembali memburu kejuaraannya.

    “Saya berjuang dengan gigih hari ini,” kata Yin, yang menangis apabila rakan-rakan pemain golf dari China mengucapkan tahniah kepadanya di lapangan green ke-18. “Saya sangat gembira kerana dapat bangkit kembali, dari lubang enam hingga sembilan, saya mencatatkan empat birdie.”

    Jumlah skor 15 di bawah parnya sebanyak 269 di Kelab Golf Palos Verdes, meletakkan Yin satu pukulan di hadapan Hall, yang gagal memasukkan bola birdie dari jarak enam kaki pada lubang ke-18.

    Hall mencatatkan empat birdie tanpa sebarang bogey dalam 67 pukulan empat di bawah parnya, meraih tempat kedua berturut-turut selepas kalah dalam perlawanan menentang Celine Boutier di Arizona minggu lalu.

    Pasangan juara major yang lain, Patty Tavatanakit dan Kim Hyo-joo, berkongsi tempat ketiga pada 272 pukulan. – AFP

    Yin mengucup trofi kejohanan yang dimenanginya dalam Terbuka Los Angeles, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda