Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemenangan sebenar adalah tewaskan virus – Sarabia

    PARIS, 12 APRIL – Pemain sayap Paris Saint-Germain, Pablo Sarabia berkata bahawa mengalahkan koronavirus akan menjadi kemenangan sebenar pada musim ini, dengan kebanyakan perlawanan bola sepak profesional telah dihentikan kerana pandemik tersebut.

    Liga Perancis, Ligue 1 telah digantungkan pada 13 Mac, dengan PSG mendahului 12 mata di hadapan Marseille, dan mara ke pusingan suku akhir Liga Juara-juara untuk kali pertama sejak 2016.

    Tetapi pemain kebangsaan Sepanyol, Sarabia berkata kesihatan orang awam mesti didahului sebelum kembali semula ke atas padang. “Tidak, saya tidak risau mengenai itu (musim tidak disambung), ia bukanlah perkara yang membuatkan saya risau,” dia memberitahu AFP.

    “Tiada siapa yang mengetahui sama ada liga akan disambung atau tidak – ia adalah andaian dan kita perlu fokus kepada pandemik. Mengatasinya akan menjadi kemenangan sebenar musim ini.” Pemain bola sepak telah menerima tekanan dengan pemotongan gaji, dengan pemain bintang Barcelona, Real Madrid, Juventus dan Bayern Munich adalah antara mereka yang menerima pemotongan gaji.

    Sarabia berkata kelab-kelab dari Perancis juga akan mengambil langkah yang serupa. – AFP

    Sarabia berkata mengatasi wa-bak koronavirus akan menjadi kemenangan sebenar musim ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda