Wednesday, February 26, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kementerian Kesihatan Arab Saudi galakkan vaksin meningitis untuk umrah

    RIYADH, 25 FEB – Kementerian Kesihatan Arab Saudi kelmarin menekankan keperluan untuk mengambil vaksin meningitis bagi mereka yang berhasrat menunaikan ibadah umrah sepanjang Ramadan.

    Agensi berita Arab Saudi (SPA) melaporkan bahawa langkah ini adalah sebahagian daripada usaha meningkatkan langkah pencegahan kesihatan dan membendung penularan penyakit berjangkit.

    Kementerian itu menegaskan kepentingan mendapatkan suntikan vaksin sekurang-kurangnya 10 hari sebelum berangkat ke Tanah Suci, bagi memastikan imuniti yang diperlukan dapat dicapai.

    Individu yang telah menerima vaksin dalam tempoh lima tahun lepas tidak memerlukan dos penggalak kerana vaksin tersebut masih berkesan sepanjang tempoh itu.

    Kementerian turut menggesa orang ramai membuat janji temu melalui aplikasi Sehhaty, untuk mendapatkan vaksin di klinik vaksinasi dewasa, selain menekankan kepentingan mematuhi langkah pencegahan bagi memastikan pengalaman umrah yang selamat dan sihat. – Bernama

    Gambar Fail
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda