Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kementerian Kesihatan bertahlil di kubah

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Sebagai salah satu aktiviti keagamaan bersempena bulan suci Ramadan, Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja, Kampung Tamoi, hari ini.

    Majlis berkenaan khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Mengetuai rombongan Kementerian Kesihatan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Kira-kira 400 orang terdiri daripada ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan menghadiri majlis tersebut.

    Dengan adanya keikhlasan warga kementerian menghadiri dan sama-sama membaca tahlil serta Doa Arwah berkenaan dengan izin Allah SWT akan memperoleh keredaan dan keberkahan pada bulan yang mulia ini.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham semasa mengetuai rombongan Kementerian Kesihatan mengadakan majlis tahlil di Kubah Makam Diraja, kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda