Sunday, December 22, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kementerian Kesihatan, BSP meterai MoU

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Kementerian Kesihatan dan Syarikat Minyak Shell Brunei Sdn Bhd (BSP) telah mengadakan Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan pagi tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat untuk menyaksikan penandatanganan MoU tersebut ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Pegawai Pelajaran, Unit Perkhidmatan Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Awang Ahmad Syujaie bin Begawan Mudim Haji Matassim,

    Menandatangani bagi pihak Kementerian Kesihatan ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Pg Dr Haji Mohd Khalifah bin Pg Haji Ismail dengan disaksikan oleh Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Dr Hajah Rafidah binti Haji Abd Gharif .

    Manakala, bagi pihak BSP pula ditandatangani oleh Pemangku Pengarah Komersial/ Pengurus Kemudahan Bersepadu, Dayang Mazlina Haji Ma’awiah, dengan disaksikan oleh Pengarah Urusan BSP, Johan Atema.

    Turut hadir di majlis ini ialah ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan daripada Kementerian Kesihatan dan Syarikat Minyak Shell Brunei Sdn Bhd.

    MoU berkenaan adalah untuk menggariskan usaha untuk menggalakkan, memudahkan dan mempromosi kerjasama dalam bidang yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan awam.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham menyaksikan penandatanganan MoU berkenaan.
    MoU yang telah ditandantangani.
    Sesi menukar dokumen MoU antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusalam (diwakili oleh Kementerian Kesihatan) dan BSP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda