Sunday, April 27, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kementerian Kesihatan, Dart jalin kerjasama

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 DIS – Kementerian Kesihatan dan Dart Logistics Sdn Bhd melakar satu mercu tanda baharu setelah menandatangani perjanjian bagi Projek Perkhidmatan Pengangkutan Home Nursing bagi Kementerian Kesihatan pada Majlis Penandatanganan Kontrak Perjanjian yang berlangsung hari ini di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyaksikan penandatanganan kontrak perjanjian berkenaan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar. Turut hadir menyaksikan pendatangan tersebut bagi pihak Dart ialah Pengasas Dart, Keeran bin Dato Paduka Janin.

    Sementara itu, pendatanganan perjanjian itu bagi pihak Kementerian Kesihatan diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tingkat Khas, Haji Abdul Khalid As’ari bin Haji Azahari dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tingkat Khas Kementerian Kesihatan, Dayang Roshima binti Haji Kamal.

    Manakala, bagi pihak Dart Logistics Sdn Bhd pula ditandatangani oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Awang Zul ‘Amali bin Dato Paduka Haji Idris dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Operasi, Dayang Siti Nor Syaahidah binti Haji Sahron.

    Kementerian Kesihatan sedang melaksanakan sebuah projek bagi kemudahan pengangkutan untuk petugas komuniti atau home nursing dengan menggunakan perkhidmatan Dart. Ia adalah sebuah syarikat yang memberikan perkhidmatan pengangkutan bersandarkan teknologi aplikasi mudah alih yang dapat memberikan perkhidmatan pengangkutan yang berkesan dan selamat yang mana pemandu-pemandu Dart adalah terdiri daripada warga tempatan yang berumur antara 20 hingga 40 tahun.

    Inisiatif tersebut adalah salah satu usaha dalam mempertingkatkan efisiensi dan kualiti pemberian perkhidmatan serta liputan penjagaan kesihatan menyeluruh yang mudah kepada orang ramai.

    Perkhidmatan ini dikenal pasti dapat membantu meningkatkan kualiti rawatan serta pengurusan pesakit yang terlantar di kediaman mereka.

    Perkhidmatan ini juga diharapkan dapat mempertingkatkan tahap kesihatan bagi ibu yang baru bersalin dan anak damit yang baru lahir. Melalui perjanjian itu juga akan memberikan peluang pekerjaan bagi pencari-pencari kerja warga tempatan dalam bidang itu.

    Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Haji Abdul Manap bin Othman; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin; pemangku timbalan setiausaha tetap Kementerian Kesihatan, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Dart Logistics Sdn Bhd.

    Maljis penandatanganan perjanjian yang ditandatangani oleh Haji Abdul Khalid As’ari dan Awang Zul ‘Amali sambil disaksikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham dan Keeran.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda