Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kementerian Kesihatan hidupkan Ramadan

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 3 APRIL – Kementerian Kesihatan juga tidak ketinggalan untuk sama-sama menghidupkan suasana bulan Ramadan dengan Majlis Tadarus Al-Quran yang diselajurkan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim yang berlangsung di Surau Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Kuala Belait, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan sumbangan kepada seramai 11 orang anak yatim ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipim-pin oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan diikuti dengan tadarus Al-Quran secara berjemaah bersama para pegawai dan kakitangan hospital berkenaan.

    Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah yang dikhususkan untuk Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pe-ngiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Hospital SSB, Awang Mohamad Alikhan bin Haji Mohd Yakop; Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Pengiran Dr Haji Khalifah bin Pengiran Haji Mohd Ismail, ketua-ketua jabatan, berserta pegawai dan kakitangan dari Kementerian Kesihatan.

    ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menyampaikan derma kepada anak-anak yatim. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda