Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Kementerian Kesihatan hos Mesyuarat Khas PPWG

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam telah menganjurkan Mesyuarat Khas Ketua Delegasi Kumpulan Kerja Produk Farmaseutikal ASEAN (PPWG) pada tahun ini. Mesyuarat itu diadakan selama dua hari bermula kelmarin dan berakhir hari ini di Dewan ‘Afiah, Kementerian Kesihatan, di sini.

    Mesyuarat Khas Ketua Delegasi ASEAN PPWG di Brunei Darussalam itu membincangkan beberapa perkara termasuk, kajian semula bidang rujukan PPWG, perkembangan pelaksanaan Pengaturan Pengiktirafan Bersama (MRA) mengenai Laporan Kajian Bioekuivalens dan MRA berhubung Amalan Pengeluaran Baik (GMP) Pemeriksaan Pengeluar untuk Produk Perubatan serta Sistem Amaran Pasaran ASEAN dan Kerjasama dengan Pertubuhan Antarabangsa dan Serantau.

    Seramai 21 wakil dari negara-negara anggota ASEAN dan tiga pemerhati tempatan dari agensi-agensi kerajaan menghadiri mesyuarat itu.

    Antara wakil dari negara-negara anggota ASEAN dan pemerhati tempatan bergambar ramai semasa Mesyuarat Khas Ketua Delegasi ASEAN PPWG.

    Mesyuarat khas itu diadakan untuk kali kedua pada tahun ini dan berlangsung sebelum Mesyuarat Consultative Committee on Standards and Quality (ACCSQ) akan datang.

    PPWG ditubuhkan selepas cadangan daripada Mesyuarat ACCSQ ke-13 yang diadakan pada 18 dan 19 Mac 1999 di Manila, Filipina dan SEOM 1/30 yang diadakan pada 28 hingga 30 Januari 2000 di Jakarta, Indonesia untuk menubuhkan kumpulan kerja bertujuan melancarkan inisiatif integrasi ekonomi untuk produk farmaseutikal tanpa menjejaskan keselamatan, kemujaraban dan kualiti mereka.

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini