Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kementerian Kesihatan pantau Delta Plus

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Pihak Kementerian Kesihatan ketika ini masih lagi memantau kesan-kesan yang dicetuskan oleh varian Delta Plus atau varian lain yang sentiasa bermutasi.

    “Apa saja varian baharu, memang menjadi pemerhatian Kementerian Kesihatan kerana ia boleh menjejaskan rancangan untuk membuka semula negara jika ia menyebabkan kesan-kesan yang membimbangkan,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa menjawab persoalan mengenai tindakan kementerian dalam mengatasi varian baharu COVID-19 iaitu Delta Plus yang telah dikesan di Singapura, baru-baru ini.

    Jelasnya lagi, jika penularan COVID-19 berterusan, varian-varian COVID-19 ini mungkin akan boleh bertambah.

    “Kerana semakin lama penularan, semakin lama ia boleh bermutasi dan untuk ia terus hidup, tidak menghairankan virus itu bermutasi yang menye-babkan sekarang adanya Delta Plus yang mula dikesan di United Kingdom.

    “Dengan varian lain seperti Lambda dan sebagainya setakat ini belum ada yang menyebabkan kita atau mana-mana negara lain beralih arah dari segi pembukaan negara masing-masing,” katanya lagi semasa sidang media, hari ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda