Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kementerian Kesihatan rai INMD 2025

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat dan Fardu Asar berjemaah, Tahlil serta Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa (INMD) Tahun 2025M/1446H, bertempat di Surau Nuurul Inayah’, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang Sunat Hajat dan Fardu Asar berjemaah, diikuti dengan bacaan Surah Yasin serta tahlil.

    Doa Khas sempena INMD 2025 dibacakan oleh Ketua Unit Perkhidmatan Ugama, Hospital RIPAS, Awang Ahmad Syujaie bin Begawan Mudim Haji Matassim.

    Majlis diakhiri dengan penyampaian empat unit kipas angin yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis kepada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Hospital RIPAS, Awang Abdol Hazis bin Haji Ahad.

    Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff; Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Pengiran Dr Haji Khalifah bin Pengiran Haji Ismail; ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menyertai membaca Surah Yasin semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Antara yang menyertai majlis tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda