Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kementerian Kesihatan raikan 127 pesara

    Oleh Aziz Idris

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Seramai 127 orang pesara kalangan pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan di bawahnya telah diraikan pada majlis yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, kementerian berkenaan.

    Hadir menyampaikan sijil kepada para pesara ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jafaar selaku tetamu kehormat.

    Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Abdul Manap bin Othman dalam ucapannya telah menyampaikan penghargaan kepada para pesara atas khidmat dan sumbangan mereka.

    Beliau menasihatkan para pesara untuk terus membuat sumbangan kepada pembangunan negara dengan menggunakan pengalaman mereka dan mencari peluang-peluang yang boleh mereka ceburi seperti perniagaan atau pertanian yang boleh membawa pulangan.

    Majlis tahunan berkenaan bertujuan untuk mengekalkan dan memupuk ikatan silaturahim dalam kalangan kakitangan kementerian tersebut serta sebagai penghargaan kepada para pesara.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menyampaikan sijil kepada salah seorang pesara dari Kementerian Kesihatan.
    ATAS & BAWAH: Antara mereka yang menghadiri majlis penghargaan bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan yang bersara, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda