Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kem Kesihatan semarakkan sambutan Maulidur Rasul

    Oleh Sim Y.H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Alam Sekitar dan Jabatan Dasar dan Perancangan, Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Baginda yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham hadir di majlis itu.

    Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ketua Unit Perkhidmatan Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Ustaz Ahmad Syuja’iee bin Begawan Mudim Haji Metassim.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian ceramah Mauludir Rasul yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Agama, Ustaz Haji Awang Muhammad Najib bin Haji Awang bertajuk Rasullah SAW Adalah Teladan keluarga Sakinah, Mawadah Warahmah’.

    Ustaz Haji Awang Muhammad Najib menyampaikan ceramah bertajuk ‘Rasullah SAW Adalah Teladan keluarga Sakinah, Mawaddah Warahmah’

    Majlis juga diserikan lagi dengan Dikir Maulud, dan majlis diakhiri dengan Bacaan Doa Selamat dan Doa Allah Peliharakan Sultan yang juga dibacakan oleh Ustaz Ahmad Syuja’iee.

    Sambutan Maulidur Rasul Kementerian Kesihatan antara lain bertujuan untuk memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, yang merupakan utusan terakhir Allah SWT dan pembawa rahmat kepada seluruh alam.

    Ia memberi peluang kepada warga kementerian untuk mengenang kembali sirah kehidupan Baginda, akhlak mulia serta perjuangannya dalam menyebarkan agama Islam.

    Selain itu, sambutan itu juga menjadi wadah untuk memperkuatkan kecintaan terhadap Nabi SAW serta menanamkan nilai-nilai murni yang diajarkan oleh Baginda dalam kehidupan seharian.

    Aktiviti seperti ceramah agama dan zikir selawat, akan turut menyemarakkan semangat perpaduan dan keimanan dalam kalangan warga kementerian.

    Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan kementerian.

    Gambar atas dan bawah, antara yang hadir di Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW, kelmarin

    Laungan Dikir Maulud menyerikan lagi majlis yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, kelmarin. – GAMBAR-GAMBAR RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda