Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kementerian Kesihatan terima sumbangan COVID-19

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI– Kementerian Kesihatan terus menerima sumbangan daripada pelbagai pihak untuk membantu kerajaan Negara Brunei Darussalam menangani penularan pandemik COVID-19 di negara ini, pada majlis penyerahan yang berlangsung di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Pada majlis yang berlangsung di Bilik Tetamu, Tingkat 3, Kementerian Kesihatan, sumbangan diterima oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Pada majlis berkenaan, sumbangan daripada warga Kementerian Kesihatan bagi Dana Bantuan COVID-19 berupa cek berjumlah $3,946 telah disampaikan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Abdul Manap bin Othman.

    Sumbangan daripada Modasys Technology, Radio Televisyen Brunei (RTB), Progresif dan Kristal FM berupa cek berjumlah $2,081.90 pula disampaikan bersama oleh Pengarah Eksekutif Modasys Technology, Haji Mohamad Fawzi bin Haji Zainal Abidin dan Pegawai Perhubungan Awam RTB, Awang Mohd Mahdi bin Haji Mohd Yassin.

    Persatuan Warga Emas Daerah Belait pula menyumbangkan $600 yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kegiatan dan Kerja, Haji David bin Haji Kassim.

    Manakala itu, Wisa Enterprise, Paperplane Media dan Memorito menyerahkan sumbangan berjumlah $1,500 yang disampaikan bersama oleh wakil-wakil dari Wisa Enterprise, Paperplane Media dan Memorito.

    Sumbangan berkenaan merupakan hasil daripada jualan projek baju-T Social Distancing, yang mana setiap pembelian baju-T berkenaan, sebanyak $1 didermakan kepada Tabung Dana Bantuan COVID-19.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan menerima sumbangan daripada warga Kementerian Kesihatan yang disampaikan oleh Haji Abdul Manap.
    Wakil-wakil Wisa Enterprise, Paperplane Media dan Memorito menyerahkan sumbangan kepada Yang Berhormat Kementerian Kesihatan.
    Haji David menyampaikan sumbangan daripada Persatuan Warga Emas Daerah Belait berjumlah $600.
    Awang Mohd Mahdi menyampaikan sumbangan kepada Yang Berhormat Kementerian Kesihatan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda