Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kementerian Kesihatan terus terima pelbagai sumbangan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 APRIL – Syarikat-syarikat swasta terus tampil ke hadapan untuk menghulurkan sumbangan berupa wang tunai dan barangan kepada Kementerian Kesihatan untuk membantu menangani penularan pandemik COVID-19 di Brunei, dalam majlis yang berlangsung di Kementerian Kesihatan, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, pada majlis penyampaian sumbangan derma yang berlangsung di Bilik Holding VIP, Kementerian Kesihatan, sumbangan diterima oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Abdul Manap bin Othman.

    Majlis menyaksikan National (NICB) Insurance Company Berhad menyerahkan cek berjumlah $5,000 yang disampaikan oleh Pengurus Besar NICB, Klaus Tomalla. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Sumber Manusia NICB, Lee Ken.

    Manakala itu, pada majlis yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, sumbangan diterima oleh Pengarah Teknologi Penjagaan Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Pengiran Hajah Saadiah binti Pengiran Muda Haji Hashim.

    Pada majlis berkenaan, Brunei Institution Geomatics and ASEAN Valuers Association menyerahkan cek berjumlah $1,300 yang disampaikan oleh Presiden persatuan, Haji Ali Bakar bin Haji Kassim. Turut hadir ialah Timbalan Presiden persatuan, Haji Salleh bin Haji Jalil dan Setiausaha Agung persatuan, Haji Mahadi bin Haji Mohd Tahir.

    Haji Abdul Manap (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Klaus Tomalla pada majlis penyampaian derma yang berlangsung di Kementerian Kesihatan.
    Pengiran Hajah Saadiah menerima sumbangan daripada Unicorp Sdn Bhd.
    Pengiran Hajah Saadiah menerima sumbangan daripada Hani Marzuqi Car Rental Sdn Bhd.
    Pengiran Hajah Saadiah menerima sumbangan daripada Yusoki Sdn Bhd.
    Pengiran Hajah Saadiah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Haji Ali Bakar bagi Brunei Institution of Geomatics and ASEAN Valuers Association.

    Manakala itu, sumbangan daripada C-Grand Trading berupa 50 karton tisu disampaikan oleh Pengarah Urusan, Awang Jeffery Ong bin Mohd Aminurzaman dan Pengurus, Pengiran Abdul Rahim Damit.

    Sumbangan daripada Hani Marquzi Car Rental Sdn Bhd berupa cek berjumlah $1,000 disampaikan oleh Pengiran Haji Abdul Rahman bin Pengiran Dato Paduka Haji Jaludin selaku wakil Pengerusi, Pengiran Dato Paduka Haji Jaludin bin Pengiran Mohd Limbang.

    Sementara itu, sumbangan daripada Yusoki Sdn Bhd berupa cek berjumlah $5,000 disampaikan oleh Pengarah syarikat, Tang Kee Huong dan sumbangan daripada Unicorp Sdn Bhd berupa cek berjumlah $10,000 disampaikan oleh Pengarah Urusan, Lee Tek Lai.

    Sumbangan adalah sebagai tanggungjawab sosial korporat daripada pihak-pihak penderma dalam membantu pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya Kementerian Kesihatan dalam sama-sama menangani serta membendung penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda