Friday, May 9, 2025
31.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kementerian Pembangunan anjur majlis keagamaan

    Oleh Sim Y. H.

    TEMBURONG, 29 APRIL – Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya, kelmarin, telah mengadakan Majlis Bertadarus, Bertahlil dan Berbuka Puasa di Masjid Kampung Labu Estate, Temburong.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan, di sini, hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

    Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu selaku penghulu Mukim Zon 2 Daerah Temburong; Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) di Kementerian Pembangunan, Ir Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim; Pemangku Penghulu Mukim Labu dan Ketua Kampung Labu, Haji Sulaiman bin Haji Nasir; ketua-ketua jabatan, divisyen dan unit, pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya serta penduduk di sekitarnya.

    Majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan wakaf berupa satu unit alat penghawa dingin, satu unit alat projektor bersama skrin dan dua unit troli bagi keperluan Masjid Kampung Labu Estate yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi kepada imam masjid berkenaan, Haji Mohammad Sallehuddin bin Haji Suhaimi.

    Majlis diikuti dengan bertadarus Al-Quran yang dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan bacaan Al-Quran Juzuk 17 Surah Al-Anbia.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi menyerahkan sumbangan wakaf kepada Haji Mohammad Sallehuddin.–Gambar serahan Kementerian Pembangunan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda