Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kementerian Pembangunan kemas kini operasi kaunter perkhidmatan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OGOS – Kementerian Pembangunan telah memaklumkan pengemaskinian operasi kaunter-kaunter perkhidmatan di jabatan-jabatan dan bahagian di bawahnya berikutan situasi terkini jangkitan COVID-19 di dalam negara.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, kementerian itu menyatakan bahawa semua kaunter perkhidmatan di jabatan-jabatan dan bahagian ditutup sementara bermula 9 Ogos sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

    Kaunter-kaunter perkhidmatan hanya akan menerima permohonan yang membuat tempahan awal saja manakala kaunter-kaunter perkhidmatan essential services masih beroperasi dan hanya akan dibuka pada waktu yang ditetapkan sahaja.

    Sehubungan itu, untuk memudahkan orang ramai berurusan dan membuat permohonan serta pembayaran sepanjang tempoh penutupan kaunter perkhidmatan, bolehlah menghubungi jabatan dan bahagian berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda