Wednesday, March 5, 2025
26.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kementerian Pembangunan mulakan tadarus Al-Quran

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya pada hari ini telah membuka tirai Majlis Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadan 1446 Hijrah / 2025 Masihi di Surau Kementerian Pembangunan.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan diikuti dengan bacaan Surah Al-Baqarah Juzuk 1 diketuai oleh wakil Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bersama peserta qari dan qariah yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selepas Membaca Al-Quran. Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya pada tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Ukur dan dijadualkan berlangsung selama tiga minggu di Surau Kementerian Pembangunan.

    Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan) Sr. Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-undang) Dayang Aldila binti Haji Mohamed Salleh; Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Haji Shaharuddin bin Haji Anuar; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, ketua-ketua jabatan, para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya seterusnya akan diadakan pada 27 Mac, di Masjid Kampung Beribi, Bandar Seri Begawan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda semasa menyertai majlis tadarus di Surau Kementerian Pembangunan. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
    Antara pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya semasa Majlis Tadarus Al-Quran. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda