BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Dis – Kementerian Pendidikan hari ini memaklumkan senarai institusi pendidikan formal swasta yang berdaftar dengan kementerian itu bagi tahun akademik 2018.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan di sini hari ini, ibu bapa dinasihatkan untuk mendaftar anak-anak mereka di sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan. Ini kerana elaun pelajaran hanya boleh dituntut oleh pelajar-pelajar yang bersekolah di sekolah-sekolah berdaftar yang disenaraikan sahaja.
Senarai sekolah-sekolah berdaftar ini adalah berdasarkan data pada 4 Disember 2017. Sekolah-sekolah swasta yang telah diperbaharui pendaftaran bagi tahun akademik 2018 mulai 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018 bagi Daerah Brunei dan Muara ialah Sekolah Al-Falaah cawangan Sungai Akar, Sekolah Al-Falaah cawangan Ban 5, Sekolah Bakti Dewa cawangan Jerudong, Sekolah Bakti Dewa cawangan Berakas, Sekolah Antarabangsa Bright Jigsaw, Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan, Sekolah DES, Sekolah Fairview, Sekolah Freda Raden, Sekolah Rendah ‘IQRA, Jigsaw Playschool, Sekolah Rendah Jigsaw, Joyful Kids Montessori School, Learning Tree School, Little Caliphs School, Sekolah Nusa Laila Puteri cawangan Jangsak, Sekolah Nusa Laila Puteri cawangan Kiulap, Sekolah Nusa Laila Puteri cawangan Sungai Buloh, Sekolah Nusa Laila Puteri cawangan Tanjung Bunut dan Rising Star Child Development.
Menurut kenyataan itu lagi, sekolah yang berdaftar di Daerah Brunei dan Muara lagi ialah Sekolah Alif Sdn Bhd cawangan Kampung Tungku, Sekolah Cahaya Bina Insan, Sekolah Cemerlang Abejess, Sekolah Kesuma Mekar, Sekolah Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei Sungai Akar, Sekolah Riverside cawangan Kampong Sungai Matan, Sekolah Riverside cawangan Kampong Masin, Sekolah Sinaran Mas, Sekolah Sinaran Pelangi, Sekolah St. Andrew, Sekolah St. George, Sekolah Tadika Jaya Datin Hajah Malai Rogayah, Sekolah Taman Asuhan PERTIWI, Sekolah Taman Didikan Anak-Anak Polis DiRaja Brunei, Sekolah Tunas Jaya PGGMB cawangan Lambak, Sekolah Tunas Jaya PGGMB cawangan Madang, Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Seri Mulia Sarjana cawangan Kampung Jangsak, Sekolah Seri Mulia Sarjana cawangan Kampung Santul, Sekolah Stella, Sekolah Sunshine, Syamde Bright Kids School, Sekolah Tangga Gemilang, Tinkerbell Learning School dan Wonder Kidz School.
Bagi Daerah Tutong pula, sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan ialah Sekolah Bakti Dewa cawangan Tutong, Sekolah Chung Hwa, Kiudang, Sekolah Chung Hwa, Tutong, Sekolah PERTAMA, Sekolah Nurul Falah dan Sekolah Nusa Jaya.
Sementara di Daerah Belait pula ialah Sekolah Alif Sdn Bhd cawangan Kuala Belait, Sekolah Menengah Chung Ching, Sekolah Menengah Chung Hua, Kuala Belait, Sekolah Chung Hwa, Labi, Sekolah Chung Lian, Sekolah St John, Sekolah St Margaret, Sekolah St James, Sekolah St Angela, Sekolah Tadika ABC dan Sekolah Tunas Jaya PGGMB cawangan Kuala Belait.
Manakala di Daerah Temburong pula ialah Sekolah Pai Yuek dan Sekolah Suria Jaya Kindergarten.
Sementara bagi senarai sekolah-sekolah Antarabangsa yang telah diperbaharui pendaftaran bagi tahun akademik 2018 mulai 1 Ogos 2017 hingga 31 Julai 2018 ialah Sekolah Antarabangsa (B) cawangan Sungai Hanching, Sekolah Antarabangsa Jerudong Sdn Bhd, Sekolah Panaga School, Sekolah Antarabangsa (B) cawangan Jalan Panglima dan Sekolah Antarbangsa (B) cawangan Kampung Pandan.
Menurut kenyataan itu lagi, bagi senarai institusi pengajian tinggi swasta yang telah diperbaharui pendaftaran bagi tahun akademik 2018 mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2018 ialah BICPA-FTMS Accountancy Academy Sdn Bhd, Cosmopolitan College Of Commerce & Technology (CCCT) Sdn Bhd cawangan Jaya Setia, Cosmopolitan College Of Commerce & Technology (CCCT) Sdn Bhd cawangan Airport Mall, Kemuda Institute Sdn Bhd cawangan Beribi, Kemuda Institute Sdn Bhd cawangan Kuala Belait, Kolej IGS Sdn Bhd, Laksamana College Of Business (B) Sdn Bhd, Micronet International College cawangan Gadong dan Micronet International College cawangan Jerudong.