Kementerian Pendidikan laksana Program Harapan

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 19 APRIL – Kementerian Pendidikan terus berusaha memberikan perhatian sepenuhnya dalam mengutamakan aspek pendidikan kepada para pelajar di negara ini untuk memastikan pendidikan berkualiti sentiasa terjamin demi masa depan.

Salah satu usaha yang sedang aktif dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan ialah pembekalan pemakanan ke sekolah-sekolah melalui Program Harapan.

Sehubungan itu, program seumpamanya telah diadakan di Sekolah Rendah Muhammad Alam, Seria di mana kira-kira 200 pelajar sedang belajar di kediaman masing-masing semasa penutupan sementara sekolah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pelajar.

Menurut Penolong Guru Besar sekolah berkenaan, Dayang Siti Hairani binti Haji Ibrahim bahawa program ini dijalankan oleh Kementerian Kesihatan untuk memastikan pembelajaran berkualiti untuk semua pelajar sekolah, di samping memastikan pertumbuhan yang betul dari aspek fizikal dan mental pelajar.

“Alhamdulillah, sejak program ini bermula, banyak pelajar kami mendapat manfaat daripada program ini kerana kami telah melihat peningkatan dalam kehadiran dan juga prestasi akademik mereka.

“Kami berharap agar program yang diadakan ini dapat terus memberi motivasi kepada para pelajar dalam pembelajaran mereka, terutamanya ketika kita sedang berdepan kesukaran sambil memastikan gaya hidup sihat mereka sentiasa dijaga dengan baik,” katanya.

Program yang diadakan sejak tahun 2018 ini, memberikan permulaan yang berkhasiat untuk hari mereka dalam bentuk sumber makanan yang sihat, yang bukan hanya berfungsi sebagai ganjaran bagi para pelajar untuk menyelesaikan tugas kelas dan subjek mereka, tetapi juga untuk meningkatkan fizikal dan perkembangan mental dengan mengekalkan diet sihat mereka yang berfungsi untuk meningkatkan kesediaan mereka di sekolah.

Kementerian Pendidikan telah mula menyediakan makanan bagi lima buah sekolah menengah dan 26 sekolah rendah secara berfasa iaitu fasa pertama diadakan pada 25 Jun 2018 dan fasa kedua pada 2 Julai 2018. Ini seterusnya dilaratkan dengan penyediaan makanan kepada beberapa sekolah rendah yang terpilih di dalam program yang dinamakan ‘Anak Harapan’.

Salah seorang tenaga pengajar menyediakan kerja-kerja sekolah untuk murid-murid yang merupakan sebahagian daripada program.