Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kementerian Pertahanan, ABDB anjur majlis tahlil

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan Kementerian Pertahanan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 APRIL – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), hari ini, telah mengadakan Majlis Bacaan Surah Yasin dan Tahlil khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim di Kubah Makam Diraja.

    Turut hadir menyertai rombongan berkenaan ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; pemangku setia-usaha tetap di Kementerian Pertahanan, peringkat kepimpinan serta pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Bacaan Surah Yasin dan tahlil beramai-ramai telah dipimpin oleh Mejar Ariffin bin Amit @ Hamid dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).

    Majlis tahunan tersebut adalah sebahagian daripada Program Ihya Ramadan Kementerian Pertahanan dan kegiatan-kegiatan keagamaan di bulan suci Ramadan.

    Majlis serupa turut diadakan di kesemua surau ABDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru, hari ini.

    Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua semasa menghadiri majlis tadarus yang diadakan di Kubah Makam Diraja.
    Antara pegawai yang hadir pada majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda