Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kementerian Pertahanan adakan majlis tahlil

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Kementerian Pertahanan pagi tadi telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit serta Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

    Hadir mengetuai rombongan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin; ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, serta pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan.

    Bacaan Surah Yasin dan tahlil telah dipimpin oleh Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, diikuti dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Acara keagamaan ini merupakan sebahagian daripada Program Ihya Ramadan yang dikendalikan setiap tahun oleh JAMA’AT bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi mengetuai rombongan Kementerian Pertahanan ke Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan yang menghadiri majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda