Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Kementerian Pertahanan terima lawatan pengenalan

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Kementerian Pertahanan hari in menerima lawatan pengenalan daripada Panglima Angkatan Tentera (PAT), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab Rahman, yang berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan rasmi dari 2 hingga 5 Julai. 

    Sejurus tiba di Bolkiah Garison, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad disambut oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, dan menerima tabik hormat serta memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). 

    Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd
    Yussof.

    Semasa kunjungan tersebut, PAT ATM telah menyampaikan ucapan penghargaan atas sokongan dan kerjasama diberikan oleh ABDB ke arah memantapkan hubungan erat yang sedia terjalin di antara kedua angkatan tentera, dan pada masa yang sama menekankan komitmen ATM untuk meningkatkan lagi kerjasama ke arah ini. 

    Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad juga membuat kunjungan muhibah kepada Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi.

    Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kehormatan daripada anggota-anggota TDDB semasa lawatan beliau ke negara ini. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad menghadiri acara sempena lawatan rasmi ke negara. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...