Friday, September 30, 2022
23.3 C
Brunei

Kementerian Pertanian Sarawak diberi nama baharu

-

KUCHING, 21 SEPT – Kementerian Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak kini dikenali sebagai Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah berkuat kuasa hari ini, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata penamaan semula kementerian yang diterajui Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom itu dibuat seiring dengan langkah Sarawak menuju ke arah pertanian mampan dengan tumpuan bukan sahaja kepada pengeluaran makanan tetapi juga dalam menerima teknologi pertanian baharu.

“(Kerajaan negeri) Sarawak memberi penekanan kepada transformasi digital dalam pertanian dengan menyediakan tanah yang akan dijadikan taman agro, sama seperti taman perindustrian dan tanah ini akan dibahagikan supaya sektor swasta boleh memulakan industri makanan mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Kongres bagi Pertanian Mampan dan Sekuriti Maka-nan (COSFAS) 2022 di sini.

Beliau berkata taman agro berkenaan akan dilengkapi dengan infrastruktur yang diperlukan termasuk kemudahan digital bertaraf 5G bagi membolehkan ladang sentiasa dipantau dan diuruskan melalui peranti digital dari mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -