Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemenyan buatan tangan lebih popular

    KUBANG SEMANG, MALAYSIA – Beribu-ribu kayu kemenyan besar, kebanyakannya dihiasi dengan kepala naga, mendereti dinding satu perniagaan Malaysia di mana mereka dibuat menggunakan tangan sebelum cuti Tahun Baharu Cina.

    Di kawasan luar bandar Kubang Semang, pekerja menghabiskan masa berbulan-bulan menggunakan kaedah tradisional untuk menghasilkan kayu kemenyan – ada di antaranya setinggi dua meter – sebelum menghantarnya ke kedai.

    Perniagaan adalah laris sebelum perayaan Tahun baharu Cina yang jatuh pada akhir bulan ini, apabila kaum Cina di seluruh dunia membakar kemenyan di tokong dan pada majlis tradisional.

    Malaysia ialah negara dengan majoriti penduduk beragama Islam tetapi menjadi tempat tinggal kepada sebahagian besar penduduk etnik Cina, dan cuti tersebut disambut di banyak tempat.

    Ong Chin Chye, yang mengendali perniagaan dalam beberapa bangunan kayu dan atap zink, berkata batang kemenyan buatan tangan yang berwarna-warni nampak lebih elok berbanding kemenyan yang dihasilkan oleh mesin.

    Seorang pekerja menghiasi kayu kemenyan besar di sebuah kilang sebelum perayaan Tahun Baharu Cina di Kubang Semang, kampung di utara Pulau Pinang, Malaysia. – AFP
    Pekerja menyediakan bahan untuk pembuatan kayu kemenyan di sebuah kilang. – AFP
    Seorang pekerja menyediakan perhiasan gambar naga untuk kayu kemenyan di sebuah kilang di Kubang Semang. – AFP

    “Dengan mesin, bolehkah anda membuat kepala naga seperti ini?” tanya lelaki berusia 60 tahun itu kepada AFP, menuding kepada hasil ciptaan dengan ukiran berjalin-jalin dan kompleks.

    Kayu kemenyan Ong dibuat daripada habuk gergasi, menggunakan campuran kayu ‘meranti’ yang ditanam dalam negara – kayu keras yang biasa didapati di Asia Tenggara – dan kayu gaharu yang berbau harum. Ia dicampurkan dengan air untuk menghasilkan pes melekit yang membentuk batang kemenyan.

    12 bulan akan datang adalah Tahun Tikus – haiwan pertama dalam kitaran 12 tahun zodiak China – tetapi Ong berkata pembelinya tidak berminat dengan gambaran rodensia berkenaan.

    “Orang tidak mahu tikus. Mereka mencuri makanan, dan ia tidak baik,” katanya sambil ketawa.

    Sebaliknya, naga – juga salah seekor haiwan zodiak – adalah simbol kuasa, kekuatan dan nasib baik yang popular dalam budaya Asia.

    Ong berkata batang kemenyannya dijual pada harga antara lapan dan 80 ringgit setiap satu, bergantung pada kualiti dan saiz.

    Selain Tahun Baharu Cina, beliau juga menghasilkannya untuk perayaan China lain.

    Beliau menganggarkan terdapat 30 perniagaan pembuatan batang kemenyan seperti beliau di seluruh Malaysia, menambah industri tersebut telah pun merosot dalam beberapa tahun ini.

    Orang muda ‘tidak mahu bekerja dalam perniagaan ini, ia adalah kerja yang sukar…tidak adanya penyaman udara,” kata beliau.

    Banyak kayu kemenyan yang dijual sekarang di Asia Tenggara datang dari luar negara, terutamanya China.

    Lebih 60 peratus daripada 32 juta penduduk Malaysia terdiri daripada penduduk etnik Melayu Islam sementara kira-kira satu perempat adalah kaum Cina, dan ia juga menjadi tempat tinggal kepada minoriti penduduk keturunan India. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda