Oleh Sahama
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Keceriaan melihat telatah cucu-cicit amat dirasai oleh sepasang warga emas yang merupakan penduduk jati Kampung Tamoi Ujong yang kini berusia 85 tahun iaitu Haji Asgar bin Othman bersama isterinya, Hajah Kamsiah @ Salmah binti Metassan.
Beliau amat berbesar hati menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dengan kunjungan daripada anak, menantu, cucu serta dimeriahkan lagi dengan kedatangan lebih 40 orang piut di rumah beliau di Kampong Ayer pada hari raya pertama.
Semasa kunjungan tersebut, beliau turut berkongsi pengalaman serta suasana Sambutan Hari Raya Aidilfitri semasa zaman mudanya kepada cucu-cucunya.
Beliau juga masih mengekalkan hidangan juadah tradisi orang Brunei seperti kuih-muih tempatan terdiri daripada bahulu, kelupis dan sebagai-nya, sekali gus memperkenalkan makanan tersebut kepada cicit-cicit beliau.
